Kemudahan di Merlimau Merlimau

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka melalui dua jalan; Lebuh AMJ dan Jalan Melaka-Muar . Dari Jasin pula melalui Jalan Merlimau-Jasin

M25

sepanjang 21 kilometer. Dari Lebuhraya Utara-Selatan AH 2 melalui susur keluar Jasin EXIT 233, selepas keluar dari Plaza Tol Jasin, sepanjang 5 kilometer melalui ladang kelapa sawit sehingga jumpa simpang tiga; ke kiri ke Jasin dan ke kanan ke Merlimau.

Jalanraya 4 lorong dikenali sebagai Lebuh AMJ menghubungkan dari Merlimau ke Muar, Sungai Rambai (selatan); Bandaraya Melaka, Alor Gajah dan plaza tol Simpang Ampat (utara) telah dibuka kepada orang ramai pada 2007. Persimpangan Merlimau Lebuh AMJ yang menghubungkan dengan pekan Merlimau hanya sepanjang 3 kilometer.

Ada satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral dan Jasin Sentral iaitu syarikat bas Panorama Melaka (dahulu kenali sebagai syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz).

Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin di Alor Gajah yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Syarikat bas Panorama Melaka yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Dua buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin
  • Sekolah rendah
  • Perpustakaan Awam Merlimau
  • Terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball.
  • Pasaraya
    • One Family Pasaraya
    • Sejati Supermarket
    • Pasaraya Fresco
    • Bandar Baru Sdn Bhd Minimarket
    • Gedung Big 10 Melaka Sdn Bhd
    • Pasaraya Top Opal Sdn Bhd
  • Restoran dan kafe
    • Ayam Penyet ABC Merlimau
    • Cendol Seri Serkam Enterprise
    • Umbai Seafood
    • Ikan Bakar Hj Musa
    • Ikan Bakar Muara Duyung (2) Anjung Batu
    • MERLIMAU BURGER STATION
    • D'Merlimau Kafe
    • Pizza Hut Delivery Merlimau
    • Secret Recipe
    • Medan Ikan Bakar Serkam
    • Medan Ikan Bakar Umbai No4 Pesona Ikan Bakar
    • KFC
    • Merlimau Ria Tomyam
    • Sri Bayu Tomyam Seafood
    • Restoran Asri Rosmerah
    • Tok Abah Kafe
    • Kedai Kopi Merlimau 474
    • Restoran Ikan Bakar Anjung Muara
    • KAFE NGETEH
  • Perkhidmatan awam
    • Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Batu Gajah
    • Klinik Kesihatan, Jalan Jasin,
    • Klinik-klinik swasta dan farmasi
    • Perhentian bas dan pejabat pos
    • Balai polis sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar.
  • Kemudahan bank
    • Bank Simpanan Nasional Giro, Jalan Jasin
    • Maybank, Taman Debunga
    • Tabung Haji, Banggunan Mara
    • ATM Bank Islam di Politeknik Merlimau
    • ATM Public Bank di dalam 7-Eleven Taman Muhibbah, Melimau Utara
    • Agrobank, Bandar Baru Merlimau Utara
  • Sistem pengangkutan
    • Perhentian Bas dan Teksi Merlimau (Tel: 06-263 2697)
    • Grab Car Merlimau
  • Masjid
    • Masjid Jamek Merlimau
    • Masjid As-Syuhada, Merlimau Utara
    • Masjid Merlimau Pasir

Rujukan

WikiPedia: Merlimau http://baharam.blogspot.com/2009/01/sejarah-tun-te... http://belia4bmerlimaupasir.blogspot.com/2012/03/s... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18486 //scholar.google.com/scholar?q=%22Merlimau%22 //www.google.com/search?&q=%22Merlimau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Merli... //www.google.com/search?q=%22Merlimau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Merlimau%22... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...